Sunday, December 20, 2009

*status*

1- tunggu jwpn utk temuduga ahli baru kelab angklung
2- join kelab komrade
3- belum ada rezeki utk menang bola tampar
4- subjek sem 1 tahun 1 ;
revelation as source of knowledge ( isnin & rabu) (8.30- 10.00 a.m)
arab level III (isnin - khamis) (11.00 a.m -1.00 p.m)
science of Quran ( isnin & rabu ) (2.00 - 3.20 p.m)
communication (selasa & khamis) (8.30 - 10.00 a.m)
psychology (selasa & khamis ) (2.00 - 3.20 p.m)

terjaga dari lena

sangat lama tak ber'blog'...bukan setakat kekontangan idea menjadi alasan, tapi kekeringan masa utk menghadap laptop atas sebab nak membiasakan diri dgn suasana & jadual baru..
alhamdulillah dah pun secara rasminya bergelar siswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia lepas angkat ikrar 5 Disember yg lepas..
kehidupan baru yang pada mulanya sgt pelik dirasakan akhirny sudah tak lagi SP jadikan rungutan..
pengalaman minggu pertama berjalan kaki daripada mahallah ke tempat belajar yang pada waktu itu dirasakan sgt jauh sememangnya sesuatu yg sgt sgt baru. bersiap seawal sejam sebelum kelas mengajar SP menjadi lebih berdisiplin dgn waktu..menjadikan SP seorang yang benar benar baru utk diri SP sendiri.. peluang utk menyusan & memilih jadual waktu kelas sendiri SP manfaatkan sepenuhnya utk memilih kelas diawal pagi, lebih segar, tiada alasan utk bangun lewat.
seawal minggu pertama kemasukan SP cuba utk menjadi lebih aktif daripada sebelumnya. selain daripada nak mengumpul 'point' utk melayakkan diri tinggal di mahallah utk tahun 2, SP cuba utk kumpul pengalamn baru di dunia yang SP rasa sgt baru.
SP dipilih mewakili mahallah utk permainan bola tampar, mejadikan jadual harian agak padat atas alasan latihan bola tampar pada setiap petang. jam 8 pagi seharusnya sudah keluar daripada bilik utk kelas jam 8.30. kelas sesi pagi berakhir pada jam 1 tgh hari, terus SP bergegas ke masjid utk solat Zohor. kelas seterusnya pada jam 2 & berakhir jam 3.20 ptg. perjalanan daripada centre UIA ke mahallah memakan masa lebih kurang 15 minit. waktu itulah SP gunakan utk beli makan tengah hari, yang sebenarny dah SP gabungkan dgn sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam... sakit betul rasanya bila terpaksa menjalani hidup macam tu. duit kena jimat, beli apa yang patut saja, biar susah dulu, insyaallah senang kemudiannya..

tak sempat habis makan dah azan asar. jadi kena selesaikan tanggungjawab tu dulu sebelum buat benda lain. habis solat SP terus bergegas ke Female Sport Centre utk latihan bola tampar. jarak antara mahallah SP ke FSC agak jauh tapi dengan mengayuh basikal, jimat masa sikit.lebih kurang 6.45 ptg baru latihan tamat & lebih kurang jam 7 ptg SP sampai ke mahallah. bersiap utk solat Maghrib..
lepas isyak SP mula ulangkaji ikut jadual yang dah SP susun..begitulah kitarannya setiap hari di sini..mengajar SP menjadi manusia yang punya hala tuju.mengajar SP tentang hidup yang sepatutnya SP lalui lama dulu..walau terasa agak lambat utk baru merasainya, SP sedar hidup itu perlu dimulai dari awalnya. biar mungkin lambat utk matang, tetapi itu lebih baik daripada terus tak sedar tentang apa yang perlu utk terus hidup..
biar kali ini SP seorng yang mengerti rasa ini. kerana hanya dengan menjalaninya, kita akan lebih rasa..

Saturday, October 17, 2009

al-kisah D-1-??




Andai SP ade rezeki utk sambung belajar dkt Gombak lepas ni, & SP ditanya apa yang akan paling SP rindu dekat Nilai, SP akan jwp, family D-1-?..bukanlah SP tak rindu yang lain, shbt PKPIM, kwn kelas, semuanya..tapi yelah, banyak masa habis dgn ahli D-1-?,

Sekarang ni pun SP rindu dgn solat jemaah kita dlm dorm, bulatan ruang tengah dengan lambakan makanan, masing masing tawarkan makanan utk semua orang, yang bestnya, 1burger kecik boleh round 1 bulatan tu & sume orang dapat rasa burger tu.masing masing mula bukak cerita & bersidang, dari cerita pasal baju, terus berlanjutan sampailah cerita pasal cara nak buat pudding, masuk pulak cerita pasal zaman sekolah rendah dulu,entah macam mana semua tu boleh berkait pun tak tau..masing masing dengan gelagatnya tersendiri tapi yang penting, setiap satunya sangat menghiburkan. Kabinet hanya akan berhenti bersidang atas sebab berikut;

(1)dah masuk waktu solat,(2) ada kelas pukul 2,(3)dah nak pukul 8 tapi tak solat maghrib lagi(ni waktu bulan puase je), (4) nak tengok movie dlm laptop,(5) sume start baca buku sebab dah nak exam..

SP ingat lagi kite pernah jalan kaki ramai ramai ke blok B semata mata nak beli nasi lemak depan convenience, sume serba hitam kecuali SP yang pakai jubah kelabu, kononnya ketua konvoi.semua yang ada dekat blok B tu pandang kita, tapi bukan niat kita nak bagi diorang pandang pun.balik dari beli nasi lemak, kite sama sama minta cheq izzah bagi tazkiah dekat ruang legar blok D-E tu..seronok betul bila ingat balik.. bilik kite dah macam shopping complex, dari baju ke kerongsang sampai ke tiket bas, semua kite jual.

Rindu dengan nora yang tak habis habis nak perang mulut dgn SP & takkan berhenti selagi SP tak ckp “ok fainnn!!”& suke tanya pendapat SP tapi tak pernah terima 1cadangan pun, nadh yang slalu takde dlm bilik tapi kalau ada pun, mengadap laptop je or dalam bilik study. Biela pulak dengan air rebinanya yang tawar habia’, kononnya ikut prinsip nora utk kselamatan hari tua & muka komfusnya sebab tak dapat cari MP4 murah mcm SP punye. Yana dengan bekal makanan dari rumah selalu pesan “korang jangan beli makanan malam ni, ni banyak makanan ni, makan sesame”, & sikap yana yang suka puji SP secara jujur tapi dicemburui oleh rakan dorm yang lain.

Rindu dengan kak bielah yang tak pernah lupe nak ajak & kejut SP bangun solat walaupun ade je orang lain yang tak bangun solat lagi,& kejelasan suara kak bielah bila mendendangkan lagu & muka malu merah padam kak bielah bila SP tanya soalan tuuut (hehe ni kak bielah je yang tau) , syiela yang selalu SP cari kalau geram sebab boleh berbalas pukulan & lawan perang mulut kalau nora sibuk menghafal. Syikin pulak asyik dengan laptopnya dekat katil, tak kesah riuh rendah yang orang lain buat asalkan dapat download cerita dari youtube. Syidah pulak dengan tiket bas anak terengganunya selalu buat pengumuman dekat pondok pengawal & dengan tangannya yang cukup aktif bergerak utk gelikan SP.

Teringat dekat Gie yang cukup marah kalau SP cakap bahasa Terengganu sebab katanya SP perosak bahasa & pinjam meja SP utk belajar,lepas ni siapelah yang sudi nak pinjam..huh, fatin hasanah pulak asyik keluar,tapi kalau dah tidur semua give up nak kejutkan, yang peliknya, waktu orang lain sibuk belek buku utk exam, dia boleh pulak terjelepuk tgk movie..shakila Satu satunya orng yang layan kalau suara SP TERsengau sikit disaat yang lain sangat meluat mendengarnya, shakila jugaklah orang yang paling seronok bila dapat tengok SP berperang dengan syiela & nora,kekadang dia yang suruh kami gaduh…laili pulak tetap dengan kepantangannya tengok selipar bersepah dekat luar dorm, amaran keras akhirnya keluar dari notis yang laili tulis dekat luar dorm. selalu set alarm tapi jarang bangun disebabkan alarm, biasenya kami yang kejut sebab dah bosan dengar alarm tu banyak kali bunyi..

Aizah kaki kiosk, tetiap malam mesti nak pergi kiosk beli sesuatu..masa ni lah semua orang serbu aizah utk tempah beli barang, & dia sorang je yang jenis bawak kasut masuk dalam bilik (tapi tak pakailah),tapi tak sempat nak tanya kenape. Oja (uya) pulak asyik berulang alik ke rumah, hal ini membuatkan kawan yang tinggal nun jauh di negeri lain agak cemburu sebab Oja je blh balik rumah selalu..fatin pulak boleh digelar si penggemar tin.dah brape bungkus tin ade dekat dia sepanjang sem ni, kalau bab imaginasi, bagi je dekat dia, pasal hidung pun dia boleh buat cerite. Joey jiran katil, dengan kepekatan loghat sabah yang dia ada,SP kerap kali kena pasang telinga betul betul utk faham ape yang dia cakap, biasanya jumpa dekat bilik study je.

Si jiran bawah katil, cheq sumaidah selalu sibuk dgn persatuan econs nya, ni lah orang yang akan sokong idea merepek SP dikala kawan lain dah meluat nak dengar (jasamu dikenang)..yang paling SP ingat tentang syafikah, antara member yang tidur paling awal berganding bahu dengan shakila & inspirasi tutup lampu bahagian depan,suka sangat mengadap laptop layan YM..jiran atas syafikah pulak aini, yang bestnya pasal aini ni, boleh sambung baca novel VT disaat tengah genting nak exam, tapi bukan SP tak tau, waktu orang tidur tu lah dia bermaharajalela baca buku..cheq izzah tetap dengan pendekatannya, lebih suka mendengar & kalau ada lawak yang member lain buat, dia senyum je dekat katil dia,diam diam ubi berisi. Suka teman SP study kalau SP study sorang sorang. Farha sepatutnya jadi teman Izzah atas katil tapi memang tabiat suka tidur bawah dia tak ada siapa boleh stop kan, orang yang paling marah kalau SP start nak perang dgn shiela, sebab dia cemburu SP tak nak usik dia kot..huhuhuhuh

Lepas ni teruskanlah warisan study berderet yang kite pernah amalkan..berkat jemaah tu.. SP kembalikan kenangan diantara waktu yang paling SP tak boleh lupa tentang D-1-? ..banyak je lagi babak babak lain yang SP harap member lain pulak dapat cerita..sebab cerita pasal SP tak ade dalam ni…

Friday, October 16, 2009

diari ramadhan - syawal

Alhamdulillah diberi peluang lagi utk kembali menaip lepas dah lebih kurang sebulan lebih tak menulis…dalam lingkungan waktu itu, terlalu banyak perkara dah berlaku, baik yang manis mahupun yang pahit..

-lebih kurang 2 minggu sebelum syawal menjelang, SP kehilangan wan yang sangat SP sayangi. Alhamdulillah waktu menguruskan jenazah, SP bantu jugak dari awal sampai ke akhir.

-27 ramadhan, datuk SP dimasukkan ke hospital serdang kerana strok. Dari tarikh itu, SP, family, sepupu – sepapat semuanya silih berganti jaga atok yang tengah koma. Kami semua juga buat pertama kalinya beraya di hospital waktu itu. 3syawal, lebih kurang pukul 6, atok menghembuskan nafas terakhirnya..

4 syawal, SP terpaksa pulang ke UIA Nilai utk duduki exam final sebagai pelajar asasi sebelum menyambung ijazah sarjana muda di Gombak bulan 12 ni insyaallah.. exam komputer, history, basic writing, critical thinking, communication, political science..

-4 oktober, SP selesai jalani semua exam..alhamdulillah..seronok rasanya dapat balik bercuti lama..

-5 oktober, keluarga dorm D-1-? Pergi konvoi beraya rumah SP n cheq fatin..mee hoon goreng SP dipuji (huhuhu)

-6 oktober, utk tak buat kak biela n family D-1-? yang lain sedih, SP ikut mereka pergi main ais skating..best, bak kata SP, bayar RM21 utk jatuh..asyik jatuh je..kaki kanan kiri luka,

Sungguh cantik susunan ALLAH utk SP.semua ditakdirkanNya berhikmah..kehilangan 2 insan kesayangan mengingatkan SP tentang betapa SP tak boleh lagi leka dalam menjalani hidup..family D-1-? pulak, ukhuwahnya subhanallah, berkat solat jemaah..

Kembali tinta ini kugerakkan,

Kulakar semula sejarah beberapa saat hidupku,

Bukanlah untukku dipuji kerna tiada apa bisa dibangga,

Sekadar memaklum alasan ketiadaan ini,

Hitam putihnya buku hidupku,

Aku mengerti ada serinya,

Hitam tidak selalunya kelam,

Putih tak selamanya cerah,

Kerna itu Rabb-ku beri itu untukku,

Agar aku terus bergantung harap padaNya

Uhibbu ya ALLAH

Mungkin aku belum bisa menjadi yang terbaik,

Mungkin juga belum pernah menjadi antara yang baik,

Namun apalah salahnya aku bermula dari mulanya ia,

Agar aku lebih fasih tentang dunia & seisinya

Monday, September 7, 2009

ibu, ibu, ibu




hari ni, 18 ramadhan jam 1.45 ptg, SP bergegas ke KTM seremban utk ziarah nenek SP yang SP panggil wan..wan sakit jantung, dan keadaannya semakin tenat.dari KTM seremban abah dan ibu yang dah sedia ada dkt hospital dtg jemput SP.

sesampainya di hospital, ibu dan SP bergegas naik ke wad kecemasan di tingkat 4 dan nmpk semua adik beradik ibu berkumpul di luar bilik..senyuman tak terukir..SP sedari awl lg pun perasan mata ibu merah menahan sedih.ibu juga seorang anak dan ibunya sendiri yang sedang terlantar di katil itu...

SP berdiri disamping ibu bersama membacakn surah yassin..mengalir lagi air mata ibu, bertambah deras air mata SP melihat ibu ditambah dengan keadaan wan yang diselirati tiub tiub dan entah berapa banyak lagi wayar yang disambung ke badannya..terlalu sedih untuk SP gambarkan..

dan SP merasakan keputusan utk tidak ke kelas petang tu bukanlh keputusan yang tidak bijak..sekurangnya SP ada disisi ibu disaat ibu sangat memerlukan sokongan..SP disisi ibu sepanjang masa itu dan berharap hatinya tidak lemah..

mudah mudahan ALLAH selamatkan wan daripada sebarang perkara tak diingini...semoga kami sekeluarga tabah menghadapi apa jua halangan yan menimpa kami...

puisi ini SP tujukan khas buat ibu tersayang...

air matanya jatuh lagi,
khabaran itu benar mencabar naluri tabahnya,
ibu, sungguh aku tidak sanggup melihatnya,
walau begitu wajah ibu setia resah,
menanti apalah berita nantinya,
linanglah duhai air mata ibu,
basahlah wahai pipi ibi,
kerna aku kan juga begitu,
kernaku tahu makna kasihmu padanya,
kerna lumrahlah itu si anak setia,
maka aku tepatlahku disitu,
biarku tinggalkan duniaku untukmu,
meski seindah mana ia bakal menjemput,
hari itu engkau bisa kudakap,
waktu itu kugenggam utuh tanganmu ibu,
saat itu kukucup kasih umbunmu,
agar kau tahu, kau fahami duhai ibu,
bahawa aku bermaksud menenangkanmu,
maka berbahagialah aku si anakmu,
andai tertunai mahuku
aku bisa walau setiap detik indahku kuberi padamu,
biar kau tersenyum kerna itulah utuhnya kami
namun kupinta wahai ibu,
jangan lagi duka itu kaupendam sendiri,
izin beban dukamu kubantu,
jangan air mata itu dilinang tanpa tahuku,
izin linangmu walau setitis kusapu,
kerna tiada lain wahai ibu,
kerna aku anakmu...

Tuesday, August 25, 2009

ramadhan & aku

Ia datang lagi, seperti yang tertera dalam kalendar hijriyah & masihi. Dan SP sangat sangat bersyukur diizinkan ALLAh untuk menarik & menghela nafas lagi dihari hari penuh rahmat ni. berpusu pusu umat islam nak pulun habis2 pahala & rahmat yang ALLAH ganjarkan. apa pun amalan soleh yang kita buat,ALLAH bagi ganjaran berganda berbanding amalan yang dibuat bukan pada bulan Ramadhan.

ada jugaklah SP terdengar orang cakap "alah kawan, solat terawih tu sunat je pun, tak de masalah lah kalau tinggal. ulangkaji pelajaran untuk exam lagi penting sebab belajar tu fardhu ain"..betul lah belajar tu fardhu ain, sotal terawih tu pulak sunat je tapi pada pendapat SP sendiri, consider lah sikit solat terawih tu datangnya cuma setahun sekali, 365 hari dalam setahun tu cuma buat solat terawih 30 hari je. lagi pun bulan ni bulan rahmat, kenapalah manusia terlalu berkira untuk laksanakan urusan akhirat? masa ni lah kita sepatutnya berlumba lumba buat ibadah tak kira sunat ke wajib. dah lah bulan biasa kita ni tak banyak amal, ni ALLAH dah bagi bulan pahala bonus pun macam2 alasan kita tak nak buat..YA ALLAH, ampunkanlah dosa & khilaf kami dek kelalaian kami ini...

mudah mudahan dengan amalan yang tak seberapa ni dapatlah terhapus sedikit sebanyak titik titik hitam yang kita dah buat selama hidup ni..
stop giving excuse,
start doing something

Bertandangnya dia diundang lagi,

Seindah tak terungkap terbayang,

Kerna tak terjangkaunya gembira,

Dan aku tak terlepas syukurku,

Masih aku diizinNya untuk ada,

Sedang ada yang senafas terlewat tak terkejar,

Terhenti sebelumnya hari itu datang,

Maka sewajibnya aku & engkau sujud hargai nikmat-Nya

Ditatangi hari rahmat ini,

Aku tersentak terjaga lalu tersedar,

Siapa pelakon utama dalam ceriteraku??

Nafsu, aku atau imanku?

Atas landasan mana aku terarah?

Jurang diselit indah, berliku atau terus kepada Tuhanku?

Menghitung diri sendiri,

Siksanya aku ditayang yang nyata,

Betapa belum aku bersedia untukmu Tuhan,

Betapa aku belum pun berlari mengejarMu,

Betapa aku belum pun tepati sebarang janjiku,

Resah ditempat teleku,

Rebah dilopak hibaku

Maka Maha Sucinya Engkau Illahi,

Aku dan kami dihadiahi sepurnama ini,

Ruang kusirami titik titik dosa,

Sudut kusemai benih bahagia syurga,

Terbukti lagi Kau Maha Penyayang,

Terbit lagi sinar ampunan,

Andai tertakdir ini terakhir bagiku,

Biarlah aku leka dalam amalku,

Biar aku hanyut dalam redhaMu,

Biarlah noda itu bisaku sapu

Biarkan malam qadar itu milikku,

Agar bisaku dakap,

Indahnya rahmat RamadhanMu Illahi…

Uhibbu Ramadhan




Wednesday, August 5, 2009

jurangnya aku & mujahid muda

HARI INI,
LAGI AKU DENGARI NAMANYA DISANJUNG,
MUJAHID MUDA YANG AWAL BERTEMU TUHANNYA,
DESTINASI YANG SANGAT DIA CINTAI,
LOKASI YANG TERAMAT DIA IMPI,
TEMPAT ABADI YANG SERING DIA LAFAZKAN,
AKHIRNYA DIA DISANA,
‘MENINJAU DUNIA DARI JENDELA AKHIRATNYA’

HARI INI,
HATIKU DISENTAP LAGI,
DITANYA LAGI,
APA DESTINASI YANG SEDANGKU CIPTA DISINI?
BAGAIMANA CARANYA AKU KE PUNCAK ITU?
SAMPAIKAH AKU SESAMPAINYA DIA?
DI DAERAH MANA LORONG ITU MENGHALAKU?
AKUKAH YANG SESAT WALAU KUPUNYA PETANYA?
ATAU AKUKAH BAKAL DISYAFAAT KEKASIH YANG ESA?
DIA SUDAH MEMEGANG CITANYA NAMUN AKU BAGAIMANA?

TANPA JASAD NAMANYA MELATA,
BENIH DITANAH TAK GERSANG SEMPAT SI SYAHID ITU TABURKAN,
TIAP SATU WALAU URATNYA BERGILIR BERBAKTI
BUAHNYA DIPETIK DIRASA YANG LAIN,
POHONNYA TEMPAT BERTEDUH BAGI YANG LELAH,
RANTINGNYA BUAT SARANG SANG UNGGAS,
DAUN TUANYA BUAT PENYEMARAK API,
DAHANNYA MENGINDAHKAN PANDANGAN,
TIADA SEINCI POHON ITU TANPA JASA,
SEMUA ATAS NAMA PENANAMNYA,
DIALAH IA.

NAMUN APALAH AKU,
BISAKAH AKU DISANJUNG BEGITU DIMATA TUHANKU,
SELAYAKNYA-KAH AKU & DIRIKU,
DARI PINTU MANA BAKAL AKU DILEMPAR?
ADAKAH SE-JENDELA AKU & DIA?
SUDIKAH WAHAI ILLAHI,

MAKIN AKU HITUNG, MAKIN HINA AKU TERLIHAT DIRIKU,
LAGI AKU TERLIHAT CELA ITU, LAGI AKU RASAKAN JAUHNYA AKU SELAMA INI,
AMPUNI JASAD RUH KOTOR INI,
ANDAI BISA SAJA AKU AKHIRI,
INGINKU NOKTAHKAN AGAR BERAKHIR HABIS NODA HATI,
NAMUN KUDIS KUDIS DOSA YANG TERSEDIA,
ITU SUDAH MAMPU MENGHANTARKU KE NERAKA,
AMPUNIKU, AMPUNIKU, AMPUNIKU YA ILLAHI
IZINKAN BENIH ITU KUTABUR DAHULU,
AGAR MEREKA TERSENYUM WALAU AKU TIADA

Friday, July 31, 2009

ibu abah, exam & bila aku sudah tiada

alhamdulillah...exam mid term baru je habis dgn subjek Critical Thinking sbg penutupnya..satu minggu yang sangat sangat suntuk untuk menghabiskan 4 subjek kritikal ( critical thinking, political science, history & basic method of writing) berturut turut. Alhamdulilah juga sebab ke empat-empat exam tu lancar lah tangan ni menulis jawapan..sekarang doa & tawakkal perlu bersilih ganti, jangan putus..

masa mesyuarat tadi abah call. tak snggup nak putuskan talian SP pun jwb panggilan tu (jgn amalkn jwb phone msa meeting kcuali klu dari ibu abah or prkra pnting)..rasa sgt berdosa sbb tak call pun family terutama ibu & abah minggu ni.abah tanya tak balik ke? wa, terkeluar jugak air mata dgr abah tanya camtu, salah SP sbb tak inform dkt ibu yang SP tak balik rumah minggu ni.mesti ibu abah tunggu..lemah betul bab ni..

keputusan dh SP buat.. bukan SP tinggalkan jemaah kesayangan SP ni, cuma SP serahkan takhlifat yang ada kpd yang lbh layak. biar SP membantu dgn ringan hati tnpa sebarang takhlifat drpd SP ada takhlifat & SP tak ikhlas dlm memperjuangkannya. banyak dosa dah SP buat pada semua yang terlibat. SP cuba, dari mula lagi tapi bukan setakat SP, malah orang lain pun tak nampak hasil ushanya kan...

bukanku leraikan tali itu,
tidakku petik daun jauh dari tangkainya,
takkan kuhilangkan pena si penulis,
kerna aku bukan berhak begitu,
aku bukan tugasku itu
tak bisa kusanggup memisah keduanya

lalu aku ditanya mengapa,mengapa & mengapa,
kelopak itu kugugurkan satu satunya,
melemahkan kelopak lainnya yang sedia ada,

kernaku sedari rosak cela lopaknya,
kuntuman itu masih indah walau tanpa sehelai itu,
takkan kuizin serangga merosakkan seluruh bunga,
hanya kerna kelopak itu masih disana.

kembang mekarlah duhai bunga,
biarku bajai tanahmu tanpa paksa,
akanku bantu mekarmu walau tidak rela kau sebenarnya kelopak itu tiada,
biar aku bukan seakar denganmu,
izinkan kauterus dibelaiku

Saturday, July 25, 2009

4 golongan, kita dekat mana???

ibu ajak SP ke masjid maghrib tadi (25/7/09) utk dgr ceramah ustaz latif..dgn menaiki kereta vitara yang patutnya dah lama diservis & akan jadi milik SP tak lama nanti (hhuhuhu), kami pun meluncur ke masjid. patutnya boleh je jln kaki tapi risau terlepas ceramah, ibu ajak je naik kereta..
sampai masjid,ceramah baru nak mula. sambil t'bayangkan macam manelah nak salam makcik2 & nenek2 yang dah ramai dkt ruang solat wanita tu, SP & ibu jalanlah masuk masjid..masuk je,sangat ramai jemaah..sorang..takpe, bukan tu yang SP nak cerita.. ustaz Latif ade cerita tentang 4 golongan manusia yang disebut oleh khalifa'urrasyidin(maaf klu slh eja), sayyidina abu bakar assiddiq, sayyidina uthman, sayyidina umar al khattab, sayyidina ali, jom tgk kalau2 kita ade tersangkut dlm mana2 golongan..

kata sayyidina abu bakar, manusia ada 4 golongan

1) orang pandai & mengaku dia pandai

2) orang pandai & tak mengaku dia pandai

3) orang tak pandai & mengaku dia tak pandai

4) orang tak pandai & tak mengaku dia tak pandai


kata sayyidina uthman/umar(tak pasti antra 2), manusia ada 4 golongan

1) orang yang dapat dunia & dapat akhirat
2) orang yang dapat dunia tapi tak dapat akhirat
3) orang yang tak dapat dunia, tapi dapat akhirat
4) orang yang tak dapat dunia & akhirat

kata sayyidina umar/uthman(tak pasti antra 2), manusia ada 4 golongan
1) orang yang beramal & dapat ilmu
2) orang yang ada ilmu & amalkan
3) orang yang ada ilmu tapi tak amalkan
4) orang yang beramal tapi tak ada ilmu


kata sayyidina ali, manusia ada 4 golongan

1)orang yang mengetahui & dia mengetahui apa yang dia tahu
2)orang yang mengetahui tapi tak mengetahui yang dia tahu

3)orang yang tak mengetahui & dia mengetahui yang dia tak tahu

4)orang yang tak mengetahui & tak mengetahui yang dia tak tahu


agak2nya kita dekat golongan yang mane ye??? harapnya termasuk dalam yang golongan pertama tu lah...aminn....

Friday, July 24, 2009

terpaksanya berjalan

dalam perjalanan mencari ilmu, banyak sangat halangannya yang si pencari ilmu kena hadapi..banyak yang kena dikorbankan..mcm mane ketagihnya si penagih, macamtulah si pencinta ilmu merindukan ilmu..cumanya bila dah dihalangi dgn mcm2 penghalang,kekadang terjelepuk jugak..dkt sinilah kesungguhan tu diuji, nak tgk antara 2, sama ada nak berputus asa & duduk je lepas jatuh, atau bangun semula & teruskan perjalanan..

nak biarkan duri2 kecil lebih berkuasa daripada kita ke??nak biar batu jalanan sebagai alasan utk berputus asa??? terlalu rapuh alasan tu..bangunlah wahai jiwa, bangkitlah wahai hati,mengejar cinta & redhaNya


Berlalu terbang sang rama rama,

Menguak sayap dalam paksa,

Sudah dinyata betapa dia tak pernah akan rela,

Namun jerit apalah si kecil itu,

Tak terdengar dek telinga siapa pun,

Maka terbangnya ia tak bisa tertoleh

Perginya untuk mewarna sayap,

Dari kelam berubah ceria,

Dia harus melangkah andai ingin sayapnya meriah,

Malang dia belum benar amati maksud jalannya,

Membuat dia keliru arah sebenar

Usah ditanya benar salahnya jalanmu wahai musafir,

Kerna jawapnya hanya kau temu andai kau yakin tahu,

“Dengan cara apa yakinku kan hadir”, tanyamu,

Laluilah jalan itu,

Maka andai benar itu daerahnya,kau bahagia,

Andai sebaliknya, maka kau telah corakkan sayapmu dengan ilmu,

Ilmu yang tak terjangka olehmu kau akan miliki

Benar aku tak tahu apa mimpimu,

Walau hari sebelumnya aku sentiasa disisimu,

Benar aku hanya bicara tapi kau pelaksana,

Maka mudah bagiku tapi tidak untukmu,

Namun, namun & namun,

Akanku senantiasa disini,

Melihat kau mengopak sayapmu & membantu andai kau sendiri