Thursday, June 25, 2009

perJUANGan ini...






sajak ni SP tujukan khas utk rakan seperjuangan dalam PKPIM, & semua rakan rakan yang pernah sama sama dgn SP cari ilmu tuhan yang luas ni..tetibe hati SP terase nak buat sajak ni. sendirian berhad ni walaupun kualitinya masih kurang. SP giat buat sajak 2 macam ni satu masa dulu,simpan buat penaik semangat (mcm tepung penaik pulak),tapi sekarang dah kurang..


kutahu jalan ini berduri,
angin membawa berita itu padaku sebelum sempat aku merasainya,
untuk apa dia bertiup seawal itu tidakku tahu,
tidak pernah inginku tahu,
namun aku setia mengukir senyumku,
kerana dijalan ini aku tidak sendiri,
insan insan itu teguh memahat yakin,

sesungguhnya jalan ini benar sarat pedihnya,
terlalu licin hingga kita kerap hampir gelincir,
terlalu kelam hingga hampir terlupa celik butakah mata,
terlalu berliku hingga kita sering terhajat untuk berundur,
terlalu segalanya hingga membuat ada yang putus asa..

namun sedarlah sahabat,
bahawa itulah jalannya medan kita berjuang,
sakit perit jerih itulah madu yang minta ditampung,
duri kelam liku itulah manis yang disirat TUHAN,
buahnya mungkin tidak disini,
bukan di daerah ini,
bukan juga ditakdir kita temui di wilayah ini,
kerna ia kan mengiringi di negeri lain,
di taman abadi yang tak pernah terimaginasi,
seandainya kau & aku teguh dijalan ini,
sekiranya kita hentikan air mata keluhan ini,
dan seyakin yakinnya kita pada landasan ini,
..uhibbukum fillah..

No comments:

Post a Comment