Tuesday, April 26, 2011

awak lah tu...kitekan kawan...

sebenarny ayat yg sama SP dh taip dkt fb,,tp copy paste balik dekat sini atas permintaan kak biela yg dah nak nangis baca post tu..enjoy...


waktu mula mula jumpa dulu, kite malu malu je,

bersaya awak je kite,masing masing segan,

buat ape benda pun sopan je,

maklumlah baru kenal,1st impression sgt penting.,

waktu tu baru nak sesuaikan diri dengan orang baru,

jadi apa awak buat pun saya ok kan je,

ye lah,,kitekan kawan...

lama sikit lepas tu kite macam dah bolah gurau gurau sikit,

kenal kenal kawan yang sensitif (yang ni jangan gurau sangat)

kenal kawan yang sekepala (yang ni siksa lah kena usik)

kadang kadang kite terlebih cakap,

aduh tak boleh tarik balik apa yang dah tercakap,

nak cakap maaf macam segan,

tapi nak buat tak tau macam tak sedap hati,

jadi masing masing tunggu siapa nak tegur dulu,

ada yang makan berhari baru boleh bercakap balik,

ada yang tak sampai sejam dah ok,

waktu ni dah ada yang ber'aku' 'kau',

tapi ada lagi yang bersaya awak

lepas kelas kita janji tunggu dekat tempat biasa,

bila awak tak ada, kami tunggu, bila saya lambat, awak tunggu,

bila awak tak ada macam selalu, kami tertinjau tinjau cari bayang awak,

beli air sebungkus boleh minum 4-5 orang

jalan sama sama sambil bergurau,

kadang kadang sambil jalan kita sempat ambik ambik gambar lagi

bila kita sedih, kita datang & cerita ,

kalau kita jauh,kita masej atau telefon untuk bagi tau,

kadang kadang awak tak nak dengar apa saya nak cakap,

awak nak luahkan je, tapi saya rasa tak sedap kalau hanya dengar & diam je

tapi untuk tak kecilkan hati saya, awak pura pura dengar,

tapi itu pun dah cukup sweet,

yelah, kitakan kawan...

bila tak dengar berita dari awak, kami risau,

kami cuba hubungi awak tapi kalau tak dapat, kami akan fikir bukan bukan dah jadi dekat awak,

bila awak dah hubungi & jumpa kami, kami akan marah awak cukup cukup,

kami sangat risaukan awak, sangat sangat,

bila ada antara kita yang gembira, kita kongsi sama sama,

sorang gembira, yang lain pun tak susah hati,

bila saya bosan, saya datang & kacau awak,

bila saya tak kacau awak lagi, awak tanya 'kau sakit ke hari ni?'

bila saya kacau awak kata saya penyibuk,

bila saya tak kacau awak kata saya sombong,

kita kata jangan cakap maaf bila tak buat salah,

kita kata jangan tak tegur bila kita buat salah,

kita kata jangan lupa kahwin nanti ajak,

kita kata kalau umur panjang kita nak tetap jadi kawan,

kita kata jangan lupa senyum sebab awak senyum yang lain pun akan senyum,

kita kata jangan lupa tarikh lahir kita,

kita kata nak sama sama masa ambik ijazah nanti, duduk dekat barisan dean list lagi,

kadang kadang saya keras dengan awak,

kadang kadang ayat saya kasar & macam tak bertapis,

kadang kadang saya saja letak tangan saya dengan kasar dekat bahu awak,

kadang kadang saya tarik awk kuat kuat untuk ambik gambar dengan saya,

kadang kadang saya suka tengok awak buat muka,

kadang kadang saya macam tak kisahkan awak,

kadang kadang kita cakap macam perli,

kadang kadang kita cakap macam gaduh,

kadang kadang kita buat buat terasa walaupun sebenarnya sikit pun tak ambik hati,

& selalunya semua tu bukan kadang kadang

kita suka minta pendapat masing masing,

tapi kita juga suka tak dengar nasihat yang kita bagi,

bila saya kata 'jangan buat' awak lagi suka buat,

bila awak kata 'buat', saya lebih suka pilih untuk tak buat,

bila saya setuju, awak ubah fikiran,

bila awak tak setuju, saya akan kata saya setuju,

walau pun selalunya saya pun setuju dengan apa awak cadangkan,

tapi selalunya saya takkan kata saya setuju,

jangan lupa itu kegemaran saya,

bila ada yang minta tolong, kita akan seusaha mungkin cuba tolong,

kadang kadang kita kata malas tapi kita tolong jugak,

kadang kadang awak kata takde selera nak makan,

tapi sebab tau awak tu jenis cepat sakit, saya tipu awak,

saya kata belum makan & nak awak teman makan,

bila awak dah beli makanan, saya teman awak makan,

awak kata saya tipu, saya kata awak nak bunuh diri kalau tak makan,

kitakan kawan...

saya rasa awak kawan paling sweet skali pernah saya jumpa,

sweet dalam cara yang tersendiri, sebab tu berjam saya cari idea taip benda ni,

walaupun ni langsung tak cukup untuk beritau betapa saya hargai awak sbgai kawan saya,

terima kasih sebab jadi kawan saya,,,

kitakan kawan..

sorry for hitting you when i was joking with you,

sorry for using such harsh words when I'm talking with you,

sorry for not being there when you were boring and need someone to talk to,

sorry for being ignorant when you were guiding me on something,

sorry for disturbing you when you were studying,

sorry for wasting your credit to reply my message,

and thanks for everything,

with <3<3<3<3 to all my friends,

dedicated to you

Tuesday, March 1, 2011

tolong jagai hatiku TUHAN,,,,

derap derap hati,,,makin ingin ditenangkan makin kencang derapannya menjadikan aku xpernah tenang sesudah itu.sungguh! aku langsung tak pernah alami rasa itu lantas aku tak tahu apa yang sedang berlaku & bagaimana cara utkku lenyapkan kembali derapnya.. ada kala ia datang deras sekali,, ada masanya ia lenyap tak terkesan kemana hilangnya.

siksanya wahai Tuhan,,aku sakit dengan rasa ini. aku tak tahu apa dan kenapa? menjadikan sakit itu makin parah. wahai Yang Maha Mencipta, Kau Maha Mengetahui bahawa aku walau apa keadaan sekalipun tidak mahu hati ini tercemar dengan rasa yang belum tentu ini.. Tuhan, siapalah orangnya yang bertanggungjawab meledakkan perang dihati yang dulu tenang sepi? aku sakit lagi wahai Tuhan..jawapan belum pun aku ketemu.. perit makin pedih belum pun ingin pergi.

lantas kerana tahu aku takkan mampu terus dengan hati ini, telah Kauberi kekuatan utk aku leraikan isi hati pada dia yang aku percaya berdaya membantu..

Duhai insan yang telah mengetahui, ketahuilah bahawa aku tiada lain tetapi malu pabila kuluahkan itu kepadamu, ketahuilah bahawa aku benar benar mengharap akan mendapat walau apapun berita darimu berkenaan itu. bisakah kauterjemah apa sebenarnya yang aku lalui ini? andai ini cinta, aku ingin tahu apa balasnya. tapi andai ini angkara syaitan yang hanya ingin menghanyutkan aku, aku ingin tahu bagaimana harusku perlakukan,

sungguh! benar! aku ingin tahu apa jawabnya. terus aku tak mahu berduka andai hatinya tak seperti aku. namun aku tak mahu terus leka andai dia punyai rasa yang sama. bimbinglah aku Tuhan supaya landasannya adalah kebaikan andai ditakdir kami bersama. aku tak mahu ia dimulai dengan langkah maksiat. bimbinglah juga aku wahai Tuhan andai bukan dia yang perlu bersamaku, agar aku tak melakukan apa yang terlarang disisi agamaMu.

ketahuilah bahawa derapan itu tak mengganggu disaat aku sedang sibuk dengan pekerjaan harianku, aku bersyukur itu berlaku. namun ketahuilah juga bahawa derapan itu mencuri waktu tenangku, waktu sendirianku, lantas menyesakkan hela nafasku.

wahai Tuhan yang mengetahui, Kau peliharalah hati ini wahai Tuhan, agar tak dicemari kelalaian dunia. wahai insan yang mengetahui, kau bantulah aku agar dapat kurungkai rasa hati yang bertanya ini. maafkan aku andai aku insan yang tak malu kerana punyai perasaan ini. maafkan aku andai aku insan yang tak malu menggerakkan pena utk ini..

Sunday, January 23, 2011

rasa?? tulis..

assalamualaina wa'ala min rabbina,,,
lama sungguh2 tak update blog,,bkn takat berhabuk,dh hampir lupa pun yg ada blog,,hari ni jln2 keliling UIA, sampai dkt tempat kayak, duduk sambil ditemani laptop & basikal tua, dapat pulak idea nk menulis balik,,,sebenarnya tulisan ni ekoran peristiwa yang baru sangat lagi SP lalui..sekadar berkongsi,,,

Ditempat yg aku tak tahu di mana,

Aduh hati terasa senang dibuai anginnya,

Menyapa tubuh, mesra walau mungkin ini yang pertama,

Derap tapak berbunyi hampir tapi saujana,

Tersenyum lagi aku.


Oh disitu aku dengar bacaan suratNya,

Masih ada walau biasanya beza,

Duhai susuk yg membaca,terima kasih kerana ada.


Aku terkesima,

Ditasik yg kaukocakkan airnya,

Ikan tak merungut tak mengata,


Oh aku,,aku terlupa diriku,

Entah apa tujuannya,entah kenapa kukutip tapak kakinya,

Kerana keliru aku kesini,

Meninggalkan empunya si tapak kaki,

Mengharap nanti dia yang mencari....

Menunggu nanti dia yang tercari...

Wednesday, June 30, 2010

aku yang cemburu

patutkah sebenarnya cemburu itu SP wujudkn? oh rasa ini tiada kaitannya dengan mainan perasaan antara 2 jiwa mahupn hati, tiada juga hubungnya dengan perbandingan wajah mahu pun fizikal antara insan lain dengan SP sendiri.. sebaliknya cemburu dek kerana perbandingan jarak tempat menuntut ilmu antara SP dengan sahabat SP yang lain..

hakikatnya hati SP ini hati yg juga biasa. melihat sahabat lain mencari ilmu di negara orang sedang SP di sini... SP berkira kira juga pada mulanya utk taip post kali ini..bimbang ada yang salah sangka bahawa Sang Penulis ini langsung tidak bersyukur walaupun sudah mendapat tempat di UIA. mungkin ada juga yang berpendapat bahawa SP lebih membanggakan sistem pembelajaran negara lain berbanding negara sendiri. aduh, hujjah apa yang SP ada utk menentangnya?

Jordan, Jepun, Australia, Mesir, Kanada, Madinah, USA... hebat kalian mengembara.. benar kata kak hanan, senior SP di UIA, itu rezeki kalian. sedang rezeki SP di sini..sikit pun tak berani SP nk sangkal soal rezeki ni.. kerja ALLAH belaka...

SP juga teringin benar duduk menuntut di negara orang tapi mungkin saja waktunya belum benar sesuai utk SP. ya, belajar di mana pun yang paling utama semestinya berkat. justeru SP bersykur masih berada di sini. mencari ilmu tuhan yang tak pernah habis. tiada kurangnya di sini. malah lebih baik mengikut pandangan SP.

kiranya inginkan environment yang tenang, ada surau Mahallah Asiah, maklum saja, segan orang nk buat bising di surau.. rasa nak dikelilingi pelajar antrabangsa, naik bas metro selepas habis solat jumaat. mahukan makanan yang pelbagai, berjalan ke kafe mahallah Aminah. nak rasa seperti dalam musim sejuk, masuk kelas set air cond no 16. musim panas, pindah terus ke kelas yang air cond nya tidak berfungsi. pemandangan menarik? bumi ini ciptaan Allah..segalanya cantik, semuanya menarik., berbeza mengikut iklim dan suhu juga bentuk muka bumi tapi sangat sesuai di tempat masing masing..

kuat mana pun cemburu SP ni, sedar benar SP bahawa kedua duanya ada kebaikan tersendiri.. cuma terpulang pada kita dari sudut mana kita lihat kebaikannya. pokoknya syukur sangat indah..dari situ SP mula melihat dari sudut yang tak pernah SP fikir logiknya ada.

tapi perlu SP tahu bahawa perjalanan ini masih jauh.. & peluang utk mengembara di muka bumi tuhan ini insyalah masih ada. tak mustahil 1 hari nanti SP pula akan ke luar negara, masih ada ruang utk bnyk perkara, insyaallah, insyaallah..... impian tu masih tertanam,, niat itu tak pernah padam.,.... biar SP harumkan nama ibu abah di mana pun SP berdiri.......


Wednesday, June 2, 2010

abah itu apa umpamanya

apalah dapat kuumpamakan hati si abah itu? kudengar abah terbatuk keras di depan tv, berulang kali. ibu sudah tidur lebih awal dek kerana terlalu letih. aku, seakan tidak mengendahkan batuk abah sedang ditanganku sendiri kupegang air untuk kuminum. celaka apakah aku ini sebagai anak??oh aku terlalu jahil waktu itu kerana walau terlintas dihati utk menghulurkan abah segelas air, niat itu kutangguh.biar ku habisi airku dahulu.. oh bila kukenang semula keadaan itu, dapat kurasakan bahawa tiada anak yg lebih bebal hatinya selain aku.

entah perasaan apa yg tiba sketika kemudian, aku terasa pilu & teralir air mataku menyesali lakuku. lantas aku ke dapur membancuh air utk abah. "ya Allah, kesian abah.ape aku buat tadi? berdosanya aku..." air kuhulur kepada abah yg hampir terlelap. air diteguk sebelum abah meyatakan bahawa air itu terlalu manis. segera aku tanpa rasa dipaksa, bangun menambah air sedikit pada minuman abah agar kurang manisny. pada waktu itu, aku cuma tahu aku sayangkan abah...

aku melihat langkahan abah ke tingkt atas rumah. barangkali ingin menghirup udara malam yg dingin. entah apa perasaan itu, aku tergerak meninjau apa abah lakukan dia atas. memang indah pemandangan malam daripada beranda tingkat atas. pemandangan itu umpama 1 bonus utk kami yg tinggal diatas bukit ini..anginnya bertiup perlahan tak putus..dari jauh, kelihatan cahaya lampu jalan & kereta pemandu lebuh raya seremban - KL, lampu dari bangunan2 lain nun jauh seakan ingin memberitahu bahawa mereka wujud. abah duduk di atas kerusi malas sambil memandang dunia semampu tahap matanya..abah termenung...

seketika aku turun utk menymbung tontonan ku di tv yg menyiarkan cerita CSI, rancangan favorite ku. seusai tamat cerita, aku terfikirkan abah yg masih di atas rumah, tidak turun2 utk tidur. agakku bahawa abah sudah tertidur di kerusi malasnya, tapi ketika aku naik dengan niat utk mengejutkan abah, abah menoleh ke arahku, tersenyum..oh tak pernah kutemui senyuman yg lebih tenang daripada itu ..

'saje abah duduk atas ni mengenang nasib, malang ke untung ke nasib kite" kata abah. aku terus mengujar pendapatku, " ape pulak malang ni bah, semua cukup ni, rumah berbumbung, berpintu, bertingkap, makan ada, minum ada, pkai ckup, tidur pun boleh" niatku agar abah tahu bahawa dia telah menyediakan segalanya yg baik utk kami sekeluarga & aku bersyukur atas semua itu. "ye ke, ok ke hidup kite sekarang? air yang tenang jangan disangka tak berbuaya" balas abah. aku diam, menyimpulkan dalm hati bahawa benar bapa kesayangan ku itu sekarang sedang menanggung beban yg teramat beratnya dalam kami semua ank beranak berhilai tawa menikmati hidup.

"bila agaknya keluar keputusan pinjaman pelajaran SUK selangor tu?" tanya abah.utk menyedapkan hatinya, aku bilang tidak lama lagi. "tak dapat lagi lh agknya tu" simpul abah..aku diam, air mata teralir sedikit. seakan tahu sudah apa yg menjadi bebannya selama ini. manakan tidak, aku tidak layak utk pinjaman PTPTN, zakat selangor pun aku tak merasa, semester 1 di main campus ditanggung sendiri semua perbelanjaanya oleh abah.adik aku bakal berangkat ke bintulu julai ini utk memulakan pelajaran peringkat u nya. yang pasti bukan daun yg menjadi bayaran pendaftarannya..itu aku pasti..

abah kekurangan wang? baru semalam wang 100 ringgit hangus gara gara aku mendesak abah utk belikan aku broadband. ya,abah benar sedang dalm kesempitan wang, dan aku tidak lain hanya membebankan lagi hidupnya dengan permintaan itu. sudah lah begitu, tiap bulan abah juga yg perlu bayar sewanya RM 68 ringgit...segalanya utk kepentingan aku. ank apa aku ini? aku menuruni tangga rumah tetapi berhenti di ank tanggan terakhirnya. terduduk aku menangis mengenangkn abah..

aku tak perlukan broadband ini.aku boleh hidup tanpanya. aku cuma inginkan wajah ceria abh tanpa rasa bebn dijiwanya..walau aku tak tahu sewajar mana tindakanku, aku tekad memulangkan semula broadband itu kepada penjualnya sementara tempoh percubaan broadband itu masih ada. tambahan lagi, kelajuan broadband itu tak lah memuaskan.. abah tak perlu byr bulanan, malahan duit RM 100 itu pun akan dipulangkan semula..

abah, anakmu ini menyayangimu lebih dari segala harta yg ada dibumi ini. aku teringat 1 ketika dimana abah menawarkan utk belikan aku sebuah laptop.sememangnya aku sangat menantikan tawaran itu, tetapi abang aku juga inginkannya walaupun dia pada dasarnya kurang kepentingan berbanding aku yg masih belajar. abah kemudiannya bersetuju membeli laptop sebanyak 2 biji. aku terkejut, aku terus katakan pada abah utk batalkn pembelian laptop utkku. biarlah hanya utk abngku.. abah, amatlah mustahil bagi diriku utk tidak meminta apa pun pada mu selepas ini...namun akanku pastikan permintaanku itu tidak membebankanmu..ampunkan aku wahai abah.....

kisah benar diripada seorang sahabt SP....

Monday, April 12, 2010

dah april lah..

fuh fuh (hembus skrin blog yg berhabuk)
bulan 3 dirasakan sangat lambat berlalu..mungkin dek kerana SP buat countdown bila nak hbs sem agkny..bak kata orang kalau kita kira sgt masa n menantikan suatu hari yang sgt ditunggu tunggu, kita akn rasa waktu tu lmbat sgt berlalu....

cuti sem yg panjang... nak cuba kerja dkt tol.. bila ckp dgn abang SP yg SP nk keje dkt tol, dia ckp "ape keje yg ko pilih ni? xpnh aku dgr org nk mnx keje kt tol tu"

cri idea utk tulis prkra yg bernassssss

Thursday, February 18, 2010

kasih dia

tergerak untuk mengisahkan tentang seorang adik yang selama ini sentiasa bersama SP, menyuntik semangat supaya SP terus bangun, memberi kejutan supaya SP sentiasa waspada, membantu SP agar SP rasa ada yang bersama, selalu senyum supaya SP turut tersenyum..
dia adik yang memahami & selalu cuba memahami. tak pernah berkira walau berapa banyak duit pun habis untuk SP.

ya, SP rasa sgt bersyukur pada Allah kerana mengenalkan SP dengan insan ini..yang sentiasa gembira memberi. mungkin pada yang membaca, anda akan katakan SP terlalu lebih memuji dia, namun cukuplah sekadar SP tahu bahawa itu tidak lain hanyalah utk menunjukkan penghargaan terhadap adik SP ini.

pernah satu hari SP baru habis menjalani 1 program ni perkampungan orang asli di Pahang. SP pulang bersama kakak2 UIA Gombak dan SP minta diberhentikan di KL Central utk pulang ke rumah menaiki KTM. kebetulan pada hari yang sama adik SP baru selesai menjalani program di Gombak dan ingin balik ke rumah. selepas mengetahui SP juga dalam perjalanan pulang daripada Pahang, dia menawarkan utk tunggu SP di KL Central dan pulang bersama.

petang itu, dia menunggu SP di KL Central sedangkan pada waktu itu SP masih di tengah2 highway tersangkut dalam 'jam'. lebih kurang 4 jam tersangkut dalam 'jam', SP teringatkan adik yang masih sedang menunggu di KL Central. pada waktu itu sudah hampir pukul 8.30 malam dan SP masih berada di highway. SP yakin adik masih menunggu di KL Central sebab dia tahu SP langsung tidak tahu selok belok jalan di KL dan jika dia ingin pulang dulu, SP yakin dia akan sekurang kurangnya memberitahu melalui SMS.

pada masa itu SP rasa sangat teruk sebab rasa sangat pentingkan diri sendiri, sanggup biarkan adik menunggu di KL Central walaupun waktu itu sudah lewat malam. menitis air mata SP mengenangkan adik yang sanggup menunggu dan menggadaikan keselamatannya utk pastikan SP dapat pulang bersamanya. kemudian terus SP telefon adik dan minta dia pulang dulu. rasa bersalah masa minta dia pulang dulu sedangkan dia sudah menunggu di KL Central hampir 5 jam. SP tahu pada waktu itu dia marahkan SP tapi SP lebih risaukan keselamatan dia lebih2 lagi waktu itu sudah terlalu lewat malam. SP sampai di Gombak pada jam 12 malam dlm keadaan yang sangat letih tapi lega sebab dapat berita daripada adik bahawa dia sudah sampai ke rumah.

kak Balqis, salah seorang kakak yang pulang bersama SP minta SP tinggal dulu di UIA Gombak sebab hari dah lewat malam dan KL Central sudah tidak beroperasi. SP turutkan juga sebab SP pun sangat letih waktu itu.

itulah antara kenangan yang tak dapat SP lupakan sampai ke hari ini. adik yang sangat SP sayang dan apa yang telah dia lakukan utk SP. sampai ke hari ini, bila saja kami bergaduh, SP akan kenang semula peristiwa itu...

banyak lagi dah adik lakukan utk SP tapi tak dapat SP nak ceritakan semuanya.. cukuplah utk adik tahu bahawa akak sangat menyayangi adik. akak menulis ini sebagai tanda menghargai kehadiran adik dalam hidup akak..

kutinjau dikelam malam,
penuh tekad akan ada yang melambai,
namun ada suara meyakinkan malam ini tiada bintang,
aku seraya terpedaya dengan ucapnya,
lantas luntur aku dalam masih meninjau,
tapi kini tiada lagi menyimpan harap
namun tepat dengan itu dikau datang,
membawa penerang agar malamkn tidak lagi suram,
jemari ini kaupimpim untuk kutahu kau tak hilang
duhai siang, kini kau redup dek dakapnya,
siraman embunm menyamankan sendi yang dulunya regang,
ternyata kau bukan seperti yang lainnya,
bagaikan ombak datang mengubah aliran pantai,
namun tidak derasa agar aku tidak kesakitan
bila ketikanya aku terkapai,
Dia menghantarmu untuk mengajarku tersenyum semula,
sungguh, aku sentiasa rasa dipimpin,
Maha Suci Dia,
hingga kini walau kumenangis,
aku masih punya Dia dan kurnia-Nya