Thursday, July 16, 2009

ketagihnya penagih

alhamdulillah lebih kurang jam 9.10 mlm waktu malaysia 16/7/09 SP melangkah keluar daripada dewan exam utk kertas Komunikasi, tapi tak terus balik dorm sebab kena bergegas ke kelas talaqi yang SP antara orang yang dipertanggungjawabkan menguruskannya. kalut juga sikit sbb kelas yang sepatutnya kami guna utk adakan kelas tu di guna orang utk exam. tapi mujur Syed & the gang sgt cekap uruskan masalah tu jadi kami beralih lah ke kelas lain.terima kasih ye korang...

SP tak pernah hadiri mana2 kelas talaqi (nak tunjukkan betapa jahilnya hati) jadi SP tak tau nk bayangkan mcm mn klas tu akan berjalan. kelas yang dihandle oleh ustaz muhadir(uia Pj) sangat2 mantoop walaupun kami tak sentuh lagi tentang buku yang akan dibincangkan iaitu buku 'terjemahan Penawar bagi hati' hasil tulisan Abdul qadir Al - Mandili & buku 'Menjawab persoalan Khilafiyah' hasil tulisan ustaz Muhadir sendiri. sangat sarat dgn input..boleh kate mmg kenyang lah kami yang hadir malam tu dengan ilmu2..

entah knape SP rasa mcm nak biarkan waktu tu berhenti & terus ade dlm kelas tu utk petik ilmu2 dari ustaz tu sampai bila2.. ustaz tu banyak sebut nama para sahabat & muhaddithin yang SP tak pernah dgr langsung2..malu betul bawa diri yang sangat2 kurang ilmu ni.para sahabat, tabi', tabi'in tak sampai suku pun yang SP tau..kira mcm 1 penghinaan yang SP buat pada diri sendiri..tak sedar waktu berlalu, kami terus leka dgn penerangan ustaz tentang setiap benda yang diberinya. tak mampu nak SP ceritakan mcm mna seronoknya kelas tu..terasa keberkatannya..tenang sesangatnya..ish rasa geram pula tak boleh nak describe kan perasaan tu..seronoknya bukan main..mcm khayal di dunia terindah.

utk kali ni SP xmampu lagi nak tulis isi2 daripada kelas tu, tapi insyaallah ape yang SP mampu nnt SP akan kongsikan dalam ni..tapi sejujurnya SP sgt tak sabar nak hadiri kelas tu lagi..mudah mudahan umur dipanjangkan utk SP dtg kelas tu lagi.

si jahil yang setia jahil,
mengutip sinar disaat mata buta,
apalah yang bakal dijadikan tongkat pemandu,
menongkah dunia dalam gelita walau tahu tingkat kelamnya,
ditertawa si celik yang juga buta

setidaknya si buta itu mengembara,
merasa dengan deria lainnya nikmat hinanya dunia,
sambil menagih sinar itu menampung gelap dimatanya,
dan titisan hujan itu penghilang dahaga,
biar rasa terhilang dari langkahnya,
dia teguh yakin Illahi sentiasakan ada,
takkan dia dizalimi Tuhannya

biarkan si penagih buta itu mencari,
jangan disendakan tujuannya kerna ia mungkin lebih sempurna dari celikmu,
dia ingin mendakap cahaya,
dia idamkan cahaya itu dihatinya,
bantu & ikutlah langkahnya agar dia terjaga...





No comments:

Post a Comment