Friday, January 15, 2010

benarkah wahyu wujud (1)

untuk menjawab persoalan tentang benarkan wahyu itu wujud, beberapa aspek perlu diketengahkan sebagai bahan debat. Sudah semestinya untuk berdebat dengan mereka yang tidak percayakan kewujudan wahyu, Al – Qur'an tidak bisa digunakan sebagai bahan debat (walaupun isinya nanti lebih utuh) kerana Al – Qur'an itu sendiri adalah wahyu, masakan mereka akan percaya. Oleh kerana itu apa yang dikatakan sebagai ' logical argument' perlulah dijadikan hujjah.

Hujjah pertama yang oleh dijadikan bukti tentang wujudnya wahyu adalah melalui ' intuitive experience' atau apa yang difahami sebagai 'kebolehan mengetahui sesuatu tanpa usaha atau berfikir'. Pernahkah kita mengalami peristiwa dimana kita cuba untuk memikirkan penyelesaian untuk satu masalah tetapi tidak berhasil mendapatkan jawapanny? tetapi sampai suatu hari dimana kita tidak lagi memikirkan penyelasaian masalah itu dengan tiba - tiba terlintas di aqal kita akan jawapannya? Itulah yang dimanakan intuitive experience. Jadi apa kaitannya dengan wahyu? Ianya bisa terjawab selepas kita melihat apakah ciri – ciri intuitive experience itu ;

(1)intuitive experience adalah 1 fenomena metafizik ataupun dalam bahasa yang lebih mudah, ia adalah fenomena yang tidak boleh dilihat, dipegang, mahupun di eksperimen. Cuba baca semula perenggan di atas, bolehkah peristiwa itu boleh dilihat, pegang atau eksperimen? Sudah pastinya tidak boleh.

(2)Intuitive experience datang sebagai maklumat. Lihat saja daripada pengertian intuitive itu sendiri, iaitu mengetahui sesuatu tanpa usaha atau berfikir. Pengalaman intuitive bertujuan memberi kita 1 jawapan tentang sesuatu & ia tidak akan hadir untuk memberitahu sesuatu mewakili perkara yangtidak berupa maklumat..

(3)Ia hadir secara tiba – tiba. Kita tidak akan sedar bila ia akan melintasi fikiran. Tidak ada apa – apa tanda yang akan datang sebagai petanda akan datangnya pengetahuan itu.

(4)Di luar kawalan manusia. Kita tidak bisa mengawal mahupun memilih bila kita ingin dapatkan pengetahuan tanpa berfikir itu. Ia akan hadir sendiri tanpa paksa.

Selepas mengetahui ciri ciri intuitive experience ini, mari kita lihat ciri ciri wahyu pula..

(1)wahyu merupakan fenomena metafizik kerana rasul tidak dapat melihat, memegang, apatah lagi melakukan eksperimen ke atas wahyu tersebut.

(2)wahyu turun kepada nabi berbentuk ilmu, pengetahuan buat semua umat manusia. Ia merupakan panduan hidup buat sekalian makhluk.

(3)wahyu datang secara tiba – tiba. Nabi – nabi termasuk Nabi Muhammad tidak diberi petanda akan hadirnya wahyu kepadanya.

(4)Hadirnya wahyu diluar kawalan para nabi. Para nabi tidak berkuasa untuk memilih bila mereka ingin mendapat wahyu. Nabi Muhammad (s.a.w) sendiri walaupun baginda adalah kekasih Allah, tetapi apabila baginda memohon supaya Allah datangkan wahyu kepadanya, adakalanya tidak diturunkan kerana wahyu itu hanyalah dibawah kawalan Allah.

Lihatlah kesamaan yang ada di antara ciri – ciri intuitive experience & wahyu, hampir sama bukan? Perbezaannya cumalah wahyu itu dialami oleh para nabi tetapi intuitive experience itu dialami oleh manusia biasa seperti kita. Jadi sekiranya kita bisa mempercayai kewujudan intuitive experience, mengapa tidak kita percaya akan wujud & adanya wahyu?

Bukti seterusnya yang menunjukkan bahawa wahyu itu wujud ialah dengan kejadian mimpi. Ciri – ciri yang ada pada mimpi adalah serupa dengan ciri – ciri intuitive experience yang telah dibincangkan diawal tadi. Apabila seseorang mengalami mimpi, dia tidak boleh memegang, melihat dialam nyata, mahupun mengeksperimen mimpi tersebut. Mimpi itu juga datang dalam bentuk memberi maklumat sama ada secara simbolik mahupun tentang perkara yang bakal berlaku.( pengetahuan berkenaan mimpi sangat rumit, insyaallah bakal dibincangkan dilain waktu)

No comments:

Post a Comment