Tuesday, February 2, 2010

benarkah wahyu wujud (2)

setelah sekian lama tidak menaip, tergerak rasa utk mnymbung perbincangan tentang kebenaran wujudnya wahyu,. Oleh itu, hujjah berdasarkan logik seterusnya bakal dibentang dengan isi 'kewujudan wahyu itu di sahkan sendiri oleh tokoh ilmuan barat' St Thomas Aquinas pernah berkata “ I received all my knowledge through revelation” yang bermakna dia memperoleh semua ilmunya melalui wahyu. Sama ada apa yang didakwa olehnya tentang beliau mendapat ilmu melalui wahyu itu benar atau tidak bukanlah menjadi isu dalam bab ini kerana apa yang lebih penting daripada ucapannya itu ialah beliau secara tidak langsung mengaku tentang adanya wahyu.

Seorang lagi tokoh ilmuan barat yang hidup di sekitar kurun ke 16 dan merupakan seorang athies, Francis Bacon, pernah menyatakan bahawa ilmu itu seperti air, ada yang turun dari langit sprti hujan dan ada yang keluar daripada bawah tanah sprti air dari perigi. Apa yang dimaksudkan beliau dengan ilmu seperti air daripada bawah tanah ialah ilmu yang diperoleh secara semulajadi manakala maksud ilmu seperti air daripada langit itu ialah ilmu yang datang daripada sumber yang suci. Sumber yang suci disini boleh dimaksudkan sebagai wahyu kerana wahyu itu adalah daripada Allah dan Allah itu Maha Suci.

Orang barat bisa menerima kenyataan yang dinyatakan oleh ahli ilmuan tersebut berkenaan wahyu, jadi mengapa apabila seorang rasul menyatakan tentang wahyu, ada yang menyangkal? Sedangkan seorang rasul itu tidak boleh ditandingkan dengan mana mana ilmuan pun kesahihan kata – katanya.

Sejarah atau suatu peristiwa yang sentiasa berulang kejadiannya atau sering diulang ulang penceritaan berkenaannya di kira sebagai fenomena yang benar. Sebagai contoh, sejak zaman Adam & Hawa dahulu kita diceritakan bahawa Hawa yang melihirkan Habil & Qabil, bukannya Adam yang melahirkan. Selepas itu kita sering diceritakan & diyakinkan bahawa kaum wanita yang melahirkan anak & tidak pernah melihat atau mendengar kaum lelaki yang melakukan tugas tersebut. Maka benarlah fenomena yang menyatakan wanita yang melahirkan adalah perkara yang benar.

Jadi apa kaitannya dengan wahyu? Ya, apabila kita kaitkan contoh diatas dengan fenomena wahyu, kita akan lihat persamaannya. Sejak zaman Nabi Adam sampailah kepada Nabi Muhammad penutup segala nabi, kesemua nabi & rasul itu telah menyatakan bahawa mereka memperoleh wahyu daripada Allah. Tidak ada seorang nabi atau rasul pun membuat kenyataan bahawa mereka mendapat wahyu daripada selain Allah. Setelah melihat kesamaan fakta yang diberikan oleh setiap nabi & rasul tentang daripada mana wahyu diperoleh, maka benar & terbuktilah bahawa wahyu itu benar – benar ada.

No comments:

Post a Comment