Thursday, February 18, 2010

kasih dia

tergerak untuk mengisahkan tentang seorang adik yang selama ini sentiasa bersama SP, menyuntik semangat supaya SP terus bangun, memberi kejutan supaya SP sentiasa waspada, membantu SP agar SP rasa ada yang bersama, selalu senyum supaya SP turut tersenyum..
dia adik yang memahami & selalu cuba memahami. tak pernah berkira walau berapa banyak duit pun habis untuk SP.

ya, SP rasa sgt bersyukur pada Allah kerana mengenalkan SP dengan insan ini..yang sentiasa gembira memberi. mungkin pada yang membaca, anda akan katakan SP terlalu lebih memuji dia, namun cukuplah sekadar SP tahu bahawa itu tidak lain hanyalah utk menunjukkan penghargaan terhadap adik SP ini.

pernah satu hari SP baru habis menjalani 1 program ni perkampungan orang asli di Pahang. SP pulang bersama kakak2 UIA Gombak dan SP minta diberhentikan di KL Central utk pulang ke rumah menaiki KTM. kebetulan pada hari yang sama adik SP baru selesai menjalani program di Gombak dan ingin balik ke rumah. selepas mengetahui SP juga dalam perjalanan pulang daripada Pahang, dia menawarkan utk tunggu SP di KL Central dan pulang bersama.

petang itu, dia menunggu SP di KL Central sedangkan pada waktu itu SP masih di tengah2 highway tersangkut dalam 'jam'. lebih kurang 4 jam tersangkut dalam 'jam', SP teringatkan adik yang masih sedang menunggu di KL Central. pada waktu itu sudah hampir pukul 8.30 malam dan SP masih berada di highway. SP yakin adik masih menunggu di KL Central sebab dia tahu SP langsung tidak tahu selok belok jalan di KL dan jika dia ingin pulang dulu, SP yakin dia akan sekurang kurangnya memberitahu melalui SMS.

pada masa itu SP rasa sangat teruk sebab rasa sangat pentingkan diri sendiri, sanggup biarkan adik menunggu di KL Central walaupun waktu itu sudah lewat malam. menitis air mata SP mengenangkan adik yang sanggup menunggu dan menggadaikan keselamatannya utk pastikan SP dapat pulang bersamanya. kemudian terus SP telefon adik dan minta dia pulang dulu. rasa bersalah masa minta dia pulang dulu sedangkan dia sudah menunggu di KL Central hampir 5 jam. SP tahu pada waktu itu dia marahkan SP tapi SP lebih risaukan keselamatan dia lebih2 lagi waktu itu sudah terlalu lewat malam. SP sampai di Gombak pada jam 12 malam dlm keadaan yang sangat letih tapi lega sebab dapat berita daripada adik bahawa dia sudah sampai ke rumah.

kak Balqis, salah seorang kakak yang pulang bersama SP minta SP tinggal dulu di UIA Gombak sebab hari dah lewat malam dan KL Central sudah tidak beroperasi. SP turutkan juga sebab SP pun sangat letih waktu itu.

itulah antara kenangan yang tak dapat SP lupakan sampai ke hari ini. adik yang sangat SP sayang dan apa yang telah dia lakukan utk SP. sampai ke hari ini, bila saja kami bergaduh, SP akan kenang semula peristiwa itu...

banyak lagi dah adik lakukan utk SP tapi tak dapat SP nak ceritakan semuanya.. cukuplah utk adik tahu bahawa akak sangat menyayangi adik. akak menulis ini sebagai tanda menghargai kehadiran adik dalam hidup akak..

kutinjau dikelam malam,
penuh tekad akan ada yang melambai,
namun ada suara meyakinkan malam ini tiada bintang,
aku seraya terpedaya dengan ucapnya,
lantas luntur aku dalam masih meninjau,
tapi kini tiada lagi menyimpan harap
namun tepat dengan itu dikau datang,
membawa penerang agar malamkn tidak lagi suram,
jemari ini kaupimpim untuk kutahu kau tak hilang
duhai siang, kini kau redup dek dakapnya,
siraman embunm menyamankan sendi yang dulunya regang,
ternyata kau bukan seperti yang lainnya,
bagaikan ombak datang mengubah aliran pantai,
namun tidak derasa agar aku tidak kesakitan
bila ketikanya aku terkapai,
Dia menghantarmu untuk mengajarku tersenyum semula,
sungguh, aku sentiasa rasa dipimpin,
Maha Suci Dia,
hingga kini walau kumenangis,
aku masih punya Dia dan kurnia-Nya

No comments:

Post a Comment