Wednesday, July 15, 2009

bukan itu jalanku



malam ni (16/7/09) 8 malam SP akan hadapi exam komunikasi. tengah orang lain sibuk ulangkaji SP pulak terasa nak tulis sajak ni. perasaan waktu ni sangatlah tak menentu,tapi SP tak pandai nak ceritakan dengan cara biasa..maka SP guna cara ni yang pada SP sangat mudah ayatnya untuk sesape pun faham. inilah apa yang SP rasakan pada beberapa ketika, selamat memahami...

aku terkeluh lagi,
terpaku dijalan yang pada mulanya sangatku yakini,
takku tahu mana tajamnya arah ini,
takku sedari mana jurangnya yang tak bisa kulangkahi,
takku peroleh jawabnya,
namun sakit itu tetap & setia ada

termangu didaerah ini,
kurasakan sangat bersendiri,
tiada beban namun beratnya terasa,
lalu aku bertanya berdosakah aku begitu,
dahan itu hampir sahaja patah lagi,
dan cubaku tahan agar ia bisa bersatu sesedia kalanya,
aku & hanya kudratku

di simpangan ini...akhirnya
perluku tunduk supaya mereka terus berdayung,
tiada aku yang masih ragu,
biarkan tampalan sampan itu tampak sempurna tanpa aku,

tiba waktunya aku menoleh,
bukan untukku berundur cuma terus mencari,
menilai yang lebih aku termampu,
berlayar mengikut mampu upayaku,
sambil kupaut tali doa agar sampan itu & ini akan selamat diombak gelora-Nya

1 comment:

  1. "..termangu di daerah ini,kurasakan amat bersendiri.tiada beban namun beratnya terasa, lalu aku bertanya, berdosakah aku begitu.dahan itu hampir sahaja patah lagi. dan cubaku tahan agar ia bisa bersatu sesedia kalanya..aku & hanya kudratku.."
    maaf jika aku yg membuatmu terbeban dan termangu sendiri.bukan kerana kurang prihatin tapi kurang mengerti mengapa dirimu sendiri.bukan inginku hanya menjadi teman di sampan, tapi jua teman di taman hati.izinkan aku dan ajari bagaimana caranya,.. dan lagi, jangan kau menahan dahan itu seorang diri kerana dirimu tak mampu..ajaklah aku membantu agar dirimu tak terasa berat walau tiada beban,,
    wallahu'lam

    ReplyDelete